Wednesday, November 3, 2010

Rancangan Mengajar Harian

Rancangan Mengajar Harian 1


Subjek : Matematik

Masa : 07.30 – 08.30 pagi ( 60 minit )

Kelas : Dua Tekun

Topik : Isipadu cecair

Bidang pembelajaran : Pengenalan kepada isipadu cecair.

Objektif Pembelajaran : Murid-murid diharap dapat menggunakan perbendaharaan kata “lebih” dan “kurang” dalam kehidupan seharian.

Hasil pembelajaran : Di akhir pengajaran dan pembelajaran ini, murid dapat membandingkan isipadu cecair dengan betul.

Kumpulan sasaran : Kumpulan Murid Lemah/Sederhana

Alat Bantu Mengajar : sebotol air berwarna, 4 cawan plastik (sama saiz), gambar dan lembaran kerja.




Aktiviti P & P :


1. Murid-murid ditunjukkan dengan sebotol air minuman dan 4 cawan plastik kosong yang dilabelkan dengan A, B, C dan D.

2. Soaljawab - guru meminta pendapat murid-murid mengenai perkataan “lebih” dan “kurang”.

3. Guru menuangkan cecair ke dalam cawan-cawan kosong dengan isipadu yang berbeza. Dua cawan disusun bersebelahan untuk murid-murid membuat perbandingan. Contoh soalan, “Bekas manakah mempunyai isipadu yang lebih?” atau “Bekas manakah mempunyai isipadu yang kurang?”.

4. Murid-murid akan menjawab soalan-soalan yang dikemukakan oleh guru satu persatu.

5. Guru meminta murid-murid menjawab soalan-soalan di dalam lembaran kerja.

6. Penutup - guru sekali lagi meminta murid-murid membandingkan dua gambar sama ada “lebih” dan “kurang” isipadunya di antara satu sama lain.



Gambar 1




Gambar 2






Lembaran Kerja 1

Soalan A

Isikan tempat kosong dengan perkataan "lebih" atau "kurang".



1. Isipadu cecair di dalam bekas A _________ daripada isipadu cecair di dalam bekas B.

2. Isipadu cecair di dalam bekas B _________ daripada isipadu cecair di dalam bekas A.


Soalan B

Isikan tempat kosong dengan perkataan "lebih" ataupun "kurang".



1. Isipadu cecair di dalam bekas C _________ daripada isipadu cecair di dalam bekas D.

2. Isipadu cecair di dalam bekas D _________ daripada isipadu cecair di dalam bekas C.





Rancangan Mengajar Harian 2

Subjek : Matematik

Masa : 09.00 – 10.00 pagi ( 60 minit )

Kelas : Dua Iltizam

Topik : Isipadu cecair

Bidang pembelajaran : Mengukur dan membanding isipadu cecair.

Objektif Pembelajaran : Mengukur dan membanding isipadu cecair melalui kaedah perbandingan secara terus dan menggunakan unit bukan piawai.dalam kehidupan harian.

Hasil pembelajaran : Di akhir pembelajaran ini, muridmurid dapat menyatakan isipadu cecair melalui kaedah perbandingan.

Kumpulan sasaran : Kumpulan Murid Cerdik

Alat Bantu Mengajar : Botol air minuman, 4 cawan plastik (sama saiz), gambar atau rajah dan lembaran kerja.




Aktiviti P & P :

  1. Murid-murid ditunjukkan dengan sebotol air minuman dan 4 cawan plastik kosong yang dilabelkan dengan A, B, C dan D (seperti gambar di bawah).

  2. Guru meminta beberapa orang murid menuangkan cecair ke dalam cawan-cawan kosong (setiap cawan ditandakan dengan aras air yang berbeza).
  3. Murid-murid akan ditanya tentang isipadu cecair di dalam dua cawan. Contoh soalannya iaitu Cuba kamu buat perbandingan, yang manakah kurang isipadu cecairnya, A atau B?” atau “Di antara cawan A dan cawan B, yang manakah lebih isipadu cecairnya?”.
  4. Kemudian, guru menyusun keempat-empat cawan tersebut dan meminta murid-murid membuat perbandingan dengan betul. Murid-murid diminta menggunakan perbendaharaan kata yang diberi (lebih, kurang, penuh, kosong, separuh).
  5. Guru meminta murid-murid menjawab soalan-soalan bergambar di dalam lembaran kerja.
  6. Rumusan - guru meminta murid-murid mengulang perbendaharaan kata yang dipelajari.



Lembaran Kerja 2


Soalan

Perhatikan gambar-gambar di bawah. Isikan tempat kosong dengan jawapan yang betul.




  • lebih
  • kurang
  • separuh
  • kosong
  • penuh


1. Cawan C adalah ____________ isipadu cecairnya.

2. Cawan B adalah _____________ diisi dengan isipadu cecair.

3. Isipadu cecair cawan A __________ daripada isipadu cecair cawan C.

4. Isipadu cecair cawan C ___________ daripada isipadu cecair cawan B.

5. Cawan D tidak diisi dengan cecair. Isipadu cecair bagi cawan D adalah ________.






No comments:

Post a Comment