Thursday, November 25, 2010

Selamat Datang Ke Blog Saya

Salam sejahtera warga internet,
Semoga anda ceria dan sihat selalu. Mudah-mudahan dengan terterbitnya blog saya yang pertama ini, dapat membantu sedikit masalah yang kita hadapi. Saya juga berharap kita diberi ilmu pengetahuan yang tinggi, dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki. Insya Allah.

Sunday, November 21, 2010

Gelagat Guru & Murid

Cuba baca dan hayati dialog cerita kartun di bawah. Semoga menjadi panduan dan perhatian kita semua.

Saturday, November 20, 2010

Isipadu Cecair (Volume Of Liquid)

Hai adik-adik,
Di sini, saya ingin berkongsi sedikit kemahiran menyukat isipadu cecair. Kaedah menyukat isipadu cecair ataupun dikenali sebagai "Volume Of Liquid", adalah salah kemahiran yang melibatkan objek untuk menyukat iaitu silinder penyukat yang bersenggat. Dua unit yang digunakan untuk murid-murid sekolah rendah ialah mililiter (ml) dan liter (l). Untuk belajar tentang isipadu cecair, sila klik butang "PLAY" pada video klip (versi BI) di bawah untuk mengetahui cara-caranya dengan lebih lanjut.




Video 1:


Video ini menerangkan cara-cara menyukat cecair sambil menyanyi yang bertujuan untuk menghiburkan hati murid-murid. Ilustrasi yang menarik ini akan memudahkan murid-murid lebih memahami konsep isipadu cecair.

Video 2:


Video ini menerangkan cara-cara menggunakan silinder penyukat yang betul. Walaupun silinder penyukat mempunyai bentuk atau saiz yang berbeza, ia tetap mempunyai sistem sukatan yang tepat/standard.


Video 3:


Video ini menerangkan cara-cara menyukat cecair dengan betul iaitu melalui penglihatan yang lurus dari mata. Kita tidak boleh melihat isipadu cecair itu dari bawah mahupun dari atas kerana ini akan memberi bacaan yang salah/tidak tepat.

Wednesday, November 3, 2010

Rancangan Mengajar Harian

Rancangan Mengajar Harian 1


Subjek : Matematik

Masa : 07.30 – 08.30 pagi ( 60 minit )

Kelas : Dua Tekun

Topik : Isipadu cecair

Bidang pembelajaran : Pengenalan kepada isipadu cecair.

Objektif Pembelajaran : Murid-murid diharap dapat menggunakan perbendaharaan kata “lebih” dan “kurang” dalam kehidupan seharian.

Hasil pembelajaran : Di akhir pengajaran dan pembelajaran ini, murid dapat membandingkan isipadu cecair dengan betul.

Kumpulan sasaran : Kumpulan Murid Lemah/Sederhana

Alat Bantu Mengajar : sebotol air berwarna, 4 cawan plastik (sama saiz), gambar dan lembaran kerja.




Aktiviti P & P :


1. Murid-murid ditunjukkan dengan sebotol air minuman dan 4 cawan plastik kosong yang dilabelkan dengan A, B, C dan D.

2. Soaljawab - guru meminta pendapat murid-murid mengenai perkataan “lebih” dan “kurang”.

3. Guru menuangkan cecair ke dalam cawan-cawan kosong dengan isipadu yang berbeza. Dua cawan disusun bersebelahan untuk murid-murid membuat perbandingan. Contoh soalan, “Bekas manakah mempunyai isipadu yang lebih?” atau “Bekas manakah mempunyai isipadu yang kurang?”.

4. Murid-murid akan menjawab soalan-soalan yang dikemukakan oleh guru satu persatu.

5. Guru meminta murid-murid menjawab soalan-soalan di dalam lembaran kerja.

6. Penutup - guru sekali lagi meminta murid-murid membandingkan dua gambar sama ada “lebih” dan “kurang” isipadunya di antara satu sama lain.



Gambar 1




Gambar 2






Lembaran Kerja 1

Soalan A

Isikan tempat kosong dengan perkataan "lebih" atau "kurang".



1. Isipadu cecair di dalam bekas A _________ daripada isipadu cecair di dalam bekas B.

2. Isipadu cecair di dalam bekas B _________ daripada isipadu cecair di dalam bekas A.


Soalan B

Isikan tempat kosong dengan perkataan "lebih" ataupun "kurang".



1. Isipadu cecair di dalam bekas C _________ daripada isipadu cecair di dalam bekas D.

2. Isipadu cecair di dalam bekas D _________ daripada isipadu cecair di dalam bekas C.





Rancangan Mengajar Harian 2

Subjek : Matematik

Masa : 09.00 – 10.00 pagi ( 60 minit )

Kelas : Dua Iltizam

Topik : Isipadu cecair

Bidang pembelajaran : Mengukur dan membanding isipadu cecair.

Objektif Pembelajaran : Mengukur dan membanding isipadu cecair melalui kaedah perbandingan secara terus dan menggunakan unit bukan piawai.dalam kehidupan harian.

Hasil pembelajaran : Di akhir pembelajaran ini, muridmurid dapat menyatakan isipadu cecair melalui kaedah perbandingan.

Kumpulan sasaran : Kumpulan Murid Cerdik

Alat Bantu Mengajar : Botol air minuman, 4 cawan plastik (sama saiz), gambar atau rajah dan lembaran kerja.




Aktiviti P & P :

  1. Murid-murid ditunjukkan dengan sebotol air minuman dan 4 cawan plastik kosong yang dilabelkan dengan A, B, C dan D (seperti gambar di bawah).

  2. Guru meminta beberapa orang murid menuangkan cecair ke dalam cawan-cawan kosong (setiap cawan ditandakan dengan aras air yang berbeza).
  3. Murid-murid akan ditanya tentang isipadu cecair di dalam dua cawan. Contoh soalannya iaitu Cuba kamu buat perbandingan, yang manakah kurang isipadu cecairnya, A atau B?” atau “Di antara cawan A dan cawan B, yang manakah lebih isipadu cecairnya?”.
  4. Kemudian, guru menyusun keempat-empat cawan tersebut dan meminta murid-murid membuat perbandingan dengan betul. Murid-murid diminta menggunakan perbendaharaan kata yang diberi (lebih, kurang, penuh, kosong, separuh).
  5. Guru meminta murid-murid menjawab soalan-soalan bergambar di dalam lembaran kerja.
  6. Rumusan - guru meminta murid-murid mengulang perbendaharaan kata yang dipelajari.



Lembaran Kerja 2


Soalan

Perhatikan gambar-gambar di bawah. Isikan tempat kosong dengan jawapan yang betul.




  • lebih
  • kurang
  • separuh
  • kosong
  • penuh


1. Cawan C adalah ____________ isipadu cecairnya.

2. Cawan B adalah _____________ diisi dengan isipadu cecair.

3. Isipadu cecair cawan A __________ daripada isipadu cecair cawan C.

4. Isipadu cecair cawan C ___________ daripada isipadu cecair cawan B.

5. Cawan D tidak diisi dengan cecair. Isipadu cecair bagi cawan D adalah ________.